After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


14 August 2016

Posting 1 - Family Medicine

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Laa ni dah grad boleh lah update blog kembali. Sebelum ni takde masa berikutan kesibukan yang dibuat-buat. Ahaks!

Tahniah kepada anda yang berjaya naik Tahun 5. Atau kalau nak sound scary sikit, tahun akhir. LOL. Amacam? Dah ready ke nak menempuhi tahun akhir yang penuh ranjau dan duri ini :P

Buat sesiapa yang nak tau what can you expect during final year, boleh lah baca FB post aku kat sini :)

***

Untuk Tahun 5, akan ada 5 posting utama di samping dua posting sampingan iaitu~


Posting 1 - Family Medicine & Emergency Medicine
Posting 2 - Internal Medicine
Posting 3 - Surgery
Posting 4 - Paediatrics
Posting 5 - Obstetrics & Gynaecology

Others:

Special Study Module (SSM)
Forensic Pathology


Kesemua posting utama akan dijalankan selama 7 minggu. Kali ni takde dah Semester 1 atau Semester 2. Kita belajar setahun non-stop. Scary kan Tahun 5? Haha!

Aku takkan cerita pasal SSM dan Forensic sebab dah pernah cerita dalam entri Tahun 4 haritu. So, pandai-pandai lah korang baca sendiri entri tersebut ye :)

Berikut merupakan takwim tahunan batch aku~



***

Sebelum bermulanya 7 minggu SSM tu, kena pergi Kem PPD3 terlebih dahulu. Secara jujurnya, aku dah tak ingat sangat apa yang berlaku masa Kem PPD3 ni. Dah lama sangat. HAHA. Rasanya takde beza sangat pun dengan Kem PPD1 dan Kem PPD2. Cuma muka jelah dah berubah sikit... semakin matang mungkin? Dan semangat pun semakin pudar. Tak macam masa Kem PPD1 dulu. Masa tu semangat berkobar-kobar sebab belum mengerti akan penderitaan yang bakal dilalui selama 5 tahun. Hahahaha! 


Muka-muka sebelum bermulanya posting sebenar dalam Tahun 5 :P


Bila dah habis Kem PPD3, boleh lah balik ke HUKM semula untuk meneruskan perjuangan SSM korang. Hehe. Selesai je MUASRM, bersedialah untuk menjalani hidup sebagai mahasiswa perubatan tahun akhir ;-)

***

Kalau korang perasan, kebanyakan posting dalam Tahun 5 merupakan posting ulangan yang pernah kita lalui dalam Tahun 3 dan Tahun 4. Cuma ada satu je posting baru iaitu Family Medicine & Emergency Medicine.

Family Medicine (Family Med) akan dijalankan selama 5 minggu manakala Emergency Medicine (Emed) selama 2 minggu.

* aku cuma akan cerita pasal Family Med je dalam entri ni. Emed dalam next entry.

***

Family Medicine je merupakan satu-satunya posting yang paling free dalam Tahun 5 sebab takde oncall *yeay*. Kebanyakan masa korang dalam posting ni akan dihabiskan kat Klinik Kesihatan (KK). Bukannya kat wad. Posting ni jugak merupakan kesinambungan daripada CHC Module yang kita dah pernah belajar masa Tahun 2 dulu. Do you remember?

Ini merupakan jadual Family Medicine batch aku selama lima minggu~




Seperti biasa, hari pertama mesti lah ada briefing dulu. Lepas briefing, terus ada lawatan sambil belajar ke Pusat Perubatan Primer (PPP) HUKM, KK Batu 9 dan KK Batu 14. Tujuannya adalah untuk bagi korang familiar sikit dengan ketiga-tiga tempat ni untuk rotation dalam posting Family Med. Kebiasaannya, pukul 2 petang dah habis lawatan, then boleh lah balik ke HUKM dan tidur. Habis dah hari pertama posting. Takyah pergi wad dan takyah kena marah dengan supervisor. Kahkah :P

Hari-hari lain dalam posting Family Med akan ada~


* On-line tutorial
* Clinic Attachment
* Clinical Teaching
* Video clinical examination
* Concept Lecture
* Team Teaching (TT-SGD)
* Seminar 
* Supervisor SGD (S-SGD)
* Home visit
* Mini-CEX


Seperti yang anda sedia maklum, konsep Family Med adalah primary care. So, kita kena pergi tiga KK yang berlainan sebab nak cover urban, sub-urban dan rural population. PPP HUKM mewakili urban population, KK Batu 9 pulak sub-urban manakala KK Batu 14 mewakili rural population.

Jadual korang dalam posting ni akan bermula seawal 7.15 pagi sebab kita kena naik bas untuk pergi ke ketiga-tiga KK tersebut. Alah... mesti korang dah biasa kan naik bas awal pagi untuk pergi HKL dalam Paediatrics posting. Group yang kena pergi PPP, korang dapat bas special sikit sebab group korang je akan naik bas tersebut. Group yang kena pergi KK Batu 9 dan KK Batu 14 pulak kena kongsi bas. Mula-mula, dia akan berhenti kat KK Batu 9 dulu, then baru KK Batu 14.

Pukul 12 tengah hari, korang dah boleh balik ke HUKM semula. Group yang dari PPP, seperti biasa ada bas sendiri. Group yang dari KK pulak, bas akan ambik group dari KK Batu 14 dulu, barulah dia ambik yang dari KK Batu 9. Paling lambat sampai HUKM dalam pukul 1 lebih.

Ni contoh rotation ke ketiga-tiga KK tersebut~




Untuk slot on-line tutorial, korang cuma perlu jawab kuiz dalam i-Folio pada hari Isnin dan kita akan discuss kuiz tu dalam slot team teaching (TT-SGD) pada hari Khamis. Nak jawab sendiri dalam bilik pun takpe. Boleh dikatakan slot on-line tutorial tu free je sebenarnya. Hehe.


 Theme for on-line tutorial


Dalam slot clinic attachment, korang kena rotate ke Outpatient Department (OPD) dan Maternal and Child Health Clinic (MCHC) kat setiap KK yang korang pergi. Selain tu, korang kena jugak pergi ke lab, farmasi dan jabatan rekod. Lepas tu, isi lah logbook mengikut apa yang patut. Setiap hari korang kena pergi ke ketiga-tiga KK kecuali pada hari Rabu.

Clinical teaching akan diadakan pada setiap hari Selasa. Wakil group setiap KK kena lah pandai-pandai contact sendiri Family Med specialist yang ditugaskan untuk teaching dengan korang kat ketiga-tiga KK tersebut. Kebiasaannya, korang kena pecah into 2 groups. First group akan start teaching dulu, so the second group kena sambung clinic attachment macam biasa. Lepas first group habis, second group pulak. Kebiasaannya, kita kena clerk patient on the spot depan doktor. Then, ada discussion with the whole group members.

Bagi slot video clinical examination, korang cuma perlu pergi ke library untuk menonton video bagi semua physical examination yang wujud dalam medical field. Dah katanya Family Med, mestilah merangkumi semua posting. Slot ni sehari je.

Pada hari Rabu, korang tak perlu pergi ke KK langsung sebab kita ada concept lecture kat HUKM. Selalunya, concept lecture ni diadakan kat DK1 atau DK2 blok pendidikan. Ada empat concept lecture mengenai Family Medicine, dan satu concept lecture on psychiatry. Petang tu ada slot self-study. Kebiasaannya kitorang study dalam sleep. Hahaha :P

Then, pada setiap petang Khamis, ada slot team teaching (TT-SGD). Sesi ni pun akan diadakan kat DK1 atau DK2 blok pendidikan. Korang akan discuss kuiz yang dah dijawab pada hari Isnin, then discuss lah pape yang patut mengenai tema minggu tersebut.




Bagi slot seminar pulak, korang kena buat satu seminar daripada empat seminar yang ada. Seminar ni ada markah tau. Nanti pandai-pandai lah korang contact sendiri doktor yang bertanggunggjawab ke atas seminar tu.

Dalam jadual, ada slot S-SGD pada setiap hari Rabu selepas concept lecture. Sebenarnya, sesi ni tak tetap pun. Ikut lah supervisor korang nak buat bila. Pastikan sebelum sesi S-SGD1, korang dah ada kes untuk Family Case Study (FCS) a.k.a case write-up. Nanti kena bagitau supervisor apa kes korang, dan supervisor akan bagi feedback sama ada kes tu sesuai atau tidak untuk dijadikan FCS.

Then, korang kena lah buat home visit untuk FCS tu. Dulu masa CHC module pun kena buat home visit jugak kan. Bezanya, dulu kerja berkumpulan, sekarang ni kerja individu. Tak perlu pun ikut slot dalam jadual untuk home visit. Bila patient korang free, boleh je pergi rumah dia pada bila-bila masa. Ikut suka lah nak bertandang ke rumah patient korang tu berapa banyak kali pun. Asalkan dia tak menyampah kat korang sudah. Haha.

Akhir sekali, bersedialah untuk menghadapi dua Mini-CEX yang akan dijalankan pada minggu pertama/kedua posting dan minggu keempat/kelima posting. Setiap group kat ketiga-tiga KK tersebut kenalah contact sendiri doktor yang ditugaskan untuk menilai Mini-CEX korang. Terpulang kat doktor tu nak buat bila. Kebiasaannya, tiga orang student kena clerk dan examine seorang patient. Mungkin sorang tu history taking, sorang lagi physical examination manakala sorang lagi consultation. Then, ada viva secara individu. Toksah berdebar sangat Mini-CEX ni. Pass je pun cukup. Anggap lah ni pre-assessment sebelum exam long case sebenar untuk ProExam nanti :P

***

Berikut merupakan format penilaian bagi Family Med posting~




Masa final year, segala markah dalam setiap posting hanya menyumbang kepada continuous assessment (CA) sahaja. Markah CA ni akan dibawa ke Professional Exam.

Jumlah markah keseluruhan CA bagi Family Med posting adalah 100%. Tapi, peratusan bagi CA untuk ProExam hanyalah 30%. Kita ada 5 posting dalam final year, bermaksud satu posting hanya menyumbang kepada 6%. Family Med pulak bergabung dengan Emed. Jadi, tak sampai 6% pun sebenarnya markah CA untuk Family Med. Walau bagaimanapun, kita tetap kena PASS continuous assessment barulah layak menduduki ProExam :)

* nanti aku buat entri khas mengenai ProExam. don't worry ;-)

Seperti yang sudah dikhabarkan, seminar ada markah iaitu 10%. Satu FCS menyumbang kepada 20%. Log book pulak menyumbang kepada 10%. Korang kena hantar FCS dan log book pada hari terakhir posting. Supervisor's report menyumbang kepada 10% manakala kedua-dua Mini-CEX menyumbang kepada 50%.

***

Ni pulak buku-buku untuk Family Med posting~




Memandangkan konsep Family Med adalah primary care, aku rasa lebih baik korang baca buku yang symptoms-based, bukannya diseases-based macam Oxford Handbook. Aku cuma baca buku Murtagh untuk posting ni sebab dia symptoms-based. Tak baca buku lain pun. Murtagh tu pun aku download in PDF form je. Malaih nak beli buku punya pasal. Kiki.

Selain daripada Murtagh, ramai jugak yang baca CPG kaw-kaw untuk posting Family Med. Kalau korang mampu khatam kan CPG hypertension, diabetes, stroke, ischemic heart disease and etc lagi bagus. Aku tak sempat nak khatam semua pun. Hahaha.

***

Finally, habis sudah cerita mengenai posting yang paling rileks dalam final year. Lepas ni, jangan harap lah nak rileks macam ni lagi :P

Bagi aku, posting ni takde lah senang mana pun. Susah kot sebab Family Med merangkumi semua posting yang wujud dalam medical field. So, korang kena tau banyak benda. Everything under the sun bak kata omputeh. Bukan Descendants of the Sun ye. Ahaks! Masa Mini-CEX pun korang kena tau semua benda sebab pape kes boleh masuk assessment. Antenatal, medical, orthopaedics... you name it yourself. Semua boleh. Cuma jadual Family Med yang lengang je menjadikan posting ni enjoyable. Hehehe.




Dalam setiap presenting symptoms... korang boleh guna mnemonic VITAMIN-C untuk differential diagnosis. Sebagai contoh:

Chief complaint - headache

Differential diagnosis:

V - Vascular - subarachnoid hemorrhage / aneurysm
I - Infection - meningitis / encephalitis / brain abscess
T - Trauma - head trauma
A - Autoimmune - giant cell arteritis
M - Metabolic - hypoglycemia
I - Idiopathic / Iatrogenic - drug / alcohol / caffeine
N - Neoplasia - cerebral tumour / medulloblastoma
C - Congenital

Others - migraine / tension headache / cluster headache

Untuk management pulak, kita kena gunakan bio-psycho-social approach model. Family Medicine kenalah ada holistic management. Bukan nya manage presenting symptoms je. Don't worry. Nanti korang mesti faham apa yang aku cakapkan ni. Ke korang dah faham lama dah. Aku je yang baru faham masa final year. Hahaha.




Kalau posting pertama korang dalam final year adalah Family Med, aku nasihatkan korang enjoy lah puas-puas masa posting ni sebab lepas ni takde can dah nak enjoy. Kahkah. Cuma aku rasa korang akan culture shock sikit sebab kena tau semua benda dalam first posting lagi. Maklum lah... mana ingat dah segala posting masa third year dan fourth year dulu. Kan?

Kalau Family Med ni posting terakhir korang, percayalah... korang ada kelebihan yang patut dimanfaatkan sepenuhnya. Sebab korang dah lalui kesemua posting lain dalam final year. So, mesti ilmu tu dah ada. Posting Family Med ni macam revision je sebelum ProExam. Dah lah posting ni banyak masa free. Boleh je pergi wad untuk praktis long case atau short case. Cuma, expectation doktor kat korang masa Mini-CEX tinggi sikit kot sebab dah lalui kesemua posting kan. Hehe.

After all, toksah lah fikir nak honeymoon sangat masa final year ni. Try lah study dari awal, kalau tak korang mesti menyesal. Banyak gila nak cover untuk ProExam. I tell you~

Orait! Setakat ni dulu first entry aku mengenai final year posting. Lepas ni baru kita masuk ke the real final year life okeh. Haha. Chow bebeh~


2 comments:

Anonymous said...

proexam brape kli

kurakuraygslow said...

ProExam UKM sekali je. At the end of final year.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails