After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


17 August 2016

Posting 1 - Emergency Medicine

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Meh aku sambung cerita mengenai posting pertama dalam tahun akhir. Selepas 5 minggu bergelumang dengan Family Medicine posting, kini tibalah masanya untuk kita menempuhi Emergency Medicine posting selama 2 minggu.




Emed posting akan dijalankan sepenuhnya kat dalam Emergency Department (ED). Dari luar, ED tu nampak macam kecik je kan. Padahal dalam tu ada macam-macam jenis bilik, siap dengan surau lagi.

Ni dia jadual Emed posting~






* Concept Lecture
* Simulation Exercises
* Flipped Classroom
* Case Based Learning
* Assessment
* Clinical Shifts / Oncall


Memandangkan posting Emed hanya berlangsung selama 2 minggu, tak banyak pun learning methods yang ada. Bagi aku, Anaesthesiology posting masa fourth year lebih busy daripada Emed posting. Mungkin sebab kita kena buat satu CWU untuk Anaest posting kot. Emed takde CWU pun. Hehe.

Then, korang takkan ada teaching dengan supervisor langsung dalam posting ni. Tugas supervisor cuma lah untuk bagi markah kat logbook korang. 2 minggu je kot. Mana sempat nak teaching.

Ada satu je concept lecture dalam posting ni yang bertujuan nak bagi korang familiar dengan emergency management. Then, korang akan diperkenalkan dengan universal algorithm in emergency medicine which is Advanced Cardiovascular Life Support (ACLS) and Advanced Trauma Life Support (ATLS). Dua benda ni tersangat lah penting dalam emergency setting sebab kebanyakan patient yang datang ke emergency ada cardiac problem ataupun motor vehicle accident (MVA). Selepas lecture, boleh lah jalan-jalan sikit kat ED tu supaya senang nak cari tempat untuk oncall korang nanti.




Ada enam simulation exercises (SE) dalam posting ni. Kesemuanya akan dijalankan kat Skill Lab dalam ED kecuali 2-way radio communication (Bilik Pengajian) dan Disaster Exercise (auditorium). Setiap SE ni grouping dia lain-lain. Pandai-pandai lah korang cek sendiri mana group korang nanti.

Flipped classroom (FC) pulak lebih kepada discussion session. Kebiasaannya korang kena baca lecture notes beforehand, then kalau ada soalan berkenaan topik tersebut, korang boleh post soalan tersebut kat satu website. Then, masa sesi FC, doktor akan bagi jawapan kat persoalan korang tu.

Case based learning (CBL) ni sama macam seminar. Korang akan dipecahkan kepada dua group besar. Satu group buat CBL kat Bilik Pengajian dalam ED manakala satu group lagi kat DK2 blok pendidikan. Ada empat CBL bermaksud ada 4 group kecil yang kena prepare slide on that topic. Fokus lah sikit masa CBL tu sebab pada hari terakhir posting, akan ada quiz on CBL. Kuiz tu menyumbang markah untuk continuous assessment (CA) tau :)

Korang dah belajar cardiac resuscitation exercise / ACLS dalam SE5 kan? Kini tibalah masanya untuk assessment! Assessment ni akan dijalankan kat Skill Lab. Satu kumpulan ada 5-6 orang group members. Dah namanya assessment, mestilah ada markah yang menyumbang kepada CA :)

Akhir sekali, tibalah masanya untuk korang gain experience during clinical shifts / oncall kat ED! Kita kena oncall setiap hari dari Isnin sampai Jumaat. Ada 3 shift untuk setiap hari iaitu dari pukul 5-7 pm, 7-9 pm dan 9-11 pm. Sehari akan ada 17-20 orang student oncall dalam satu shift. Korang akan dibekalkan dengan punch card then kena punch card in and out setiap hari masa oncall.

Ni contoh jadual oncall~


 

Nanti korang tengok berapa nombor korang dalam list name. Haaa tulah dia nombor korang dalam jadual ni. Toksah sibuk-sibuk nak fahamkan jadual ni sekarang. Tak masuk exam pun. HAHA.


Nanti masa oncall, korang stay lah kat tempat yang sepatutnya korang stay berpandukan jadual kat atas ni. Antaranya~
 
T1 - Primary Triage
T2 - Secondary Triage
T3 - Green Zone
ER - Emergency Room / Yellow Zone
Resus - Resuscitation Area / Red Zone
Red Box - Primary Survey
OBS - Observation Ward
PHCC - Pre-Hospital Care


Macam mana korang nak tau kat mana tempat ni semua. Haaa itulah gunanya sesi ED orientation masa first day posting. Penuhkan lah logbook korang tu masa oncall ye :)

***

Okay settle pasal jadual, laaa ni kita pergi ke format penilaian Emed posting pulak~


 

Seperti yang sudah dikhabarkan dalam entri Family Med posting haritu, continuous assessment untuk Family Med dan Emed hanya lah berjumlah 6%. Walaupun hanya 6% untuk kedua-dua posting, korang tetap kena PASS.

Tengok tu sampai 20% untuk log book. So, jangan lupa penuhkan log book anda masa oncall. Then, ASSESSMENT Running A "Resus Code" pun menyumbang sebanyak 20%. Silalah perform sebaiknya masa assessment ni. Dia markah berkumpulan tau. Aku dah bagitau kat atas tadi, satu kumpulan dalam 5-6 orang. Kalau korang fail masa first trial, jangan risau... ada peluang kedua. Kalau fail lagi, ada peluang ketiga. Buatlah sampai pass. 

Kebiasaaannya, quiz on CBL tu akan diadakan pada hari terakhir posting. Aku tak ingat ada berapa soalan. Nanti soalan akan terpampang kat slide, then korang kena picit benda macam remote untuk pilih jawapan. OBA je pun. Bukan KFQ. Kuiz ni menyumbang sebanyak 40%.

Evaluation report on Disaster Exercise tu ada dalam slot SE6. Korang dah belajar trauma resuscitation / ATLS dalam SE3 kan? Haaa apa kata praktikkan segala ilmu tu dalam slot ni. Akan ada kumpulan kecil lebih kurang macam assessment Running A "Resus Code" jugak. Juga akan ada soalan macam quiz on CBL. Slot ni menyumbang sebanyak 20%. Toksah kalut sangat aih dalam semua assessment yang wujud dalam Emed posting ni. Have fun je. Kahkah! :P

***

Ni dia buku yang boleh dibaca semasa Emed posting~




Errr secara jujurnya, aku tak baca pape buku pun masa posting ni melainkan hafal ACLS dan ATLS. Hiks! Penting tau hafal dua benda tu sebab kita kena aplikasikan ACLS dan ATLS dari zaman student sampai lah bekerja. 

***

Okay habis sudah cerita pasal Emed posting. Susah sikit nak komen pasal posting ni sebab sekejap je kan. Baru 2 minggu posting, tetiba eh dah habis posting. Sama lah jugak macam keadaan dalam ED. Semua benda bergerak pantas. Kehkeh.

Walau apa pun, jangan pandang posting ni sebelah mata. Dalam exam long case nanti, mungkin korang akan diberi soalan mengenai emergency situation. So, kenalah tau jugak macam mana nak manage emergency cases. Contoh paling utama adalah myocardial infarction dan hypovolemic shock. Then, ACLS boleh masuk exam short case tau. Jadi, silalah hafal ACLS berpandukan American Heart Association (AHA) Guideline. Kan dah ada assessment Running A "Resus Code" masa Emed posting. Apa lagi, recall lah semula. Weeee~

***

Inilah dia ACLS yang korang kena hafal tu. Dia macam sambungan daripada BLS yang kita dah belajar masa Anaest posting. Bezanya, BLS tu buat kat roadside. ACLS kena buat kat hospital sebab nak guna cardiac monitor dan defibrillator. Ada management untuk cardiac arrest, tachycardia dan bradycardia.






Aku ada buat nota sendiri untuk algorithm ni. Specialist ED yang ajar masa simulation exercise on resus code. Hehe. Boleh lah refer kalau rasa nota aku lebih senang nak faham.






***





***




***

Okeh habis sudah cerita pasal posting pertama dalam final year (Family Med + Emed). Haih ada empat posting lagi ni nak update. Awat banyak sangat posting dalam final year ni. Hahaha. Chow cincau!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails