After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


27 August 2016

Last Hurdle - Professional Exam

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!




Debaran kian terasa. 5 posting dalam final year dah habis. Tinggal beberapa hari je lagi nak Professional Exam. Percayalah cakap aku... ProExam ni 10 kali ganda lebih susah daripada SPM. Kalau boleh, nak je pinjam pintu doraemon untuk kembali ke masa lampau sebelum letak 'Ijazah Doktor Perubatan UKM' dalam borang UPU. Tapi, segala-galanya sudah terlambat. Takkan nak patah balik pulak kan. Dah 5 tahun kot. So, nak tak nak memang kena habiskan ;-)

Haaa kat atas tu perasaan aku masa study week. Tulah sape suruh leka sangat masa tengah posting. Dah study week baru sibuk nak baca semua benda sampai STRESS. Kehkeh. Korang tolong jangan tiru perangai aku. Kalau mampu handle stress masa study week takpe jugak. Ni dibuatnya jadi mereng, tak ke naya.



Masa study week, aku cuma berharap adanya benda ni:
 



ataupun ini









Tulah study last minute lagi. Tahniah kepada diri sendiri.


***


Sebelum kita berdiskusi secara lanjut mengenai Professional Exam, meh lah tengok takwim tahunan ni dulu~





Korang jangan lupa kita perlu melalui POSTING selama 35 MINGGU, sebelum bermulanya STUDY WEEK selama 3 MINGGU, kemudian tibalah masa untuk PROFESSIONAL EXAM selama 2 MINGGU.

Perjalanan dalam final year ni tersangatlah panjang kalau nak dibandingkan dengan Tahun 1 hingga Tahun 4. So, korang kena prepare physically and mentally sebelum start posting. Aku ada share sedikit pengalaman mengenai 'what can you expect during final year' kat FB aku. Boleh lah klik sini untuk baca :)

Bila dah prepare apa yang patut, jom lah berposting selama 35 minggu. Boleh klik link kat bawah untuk setiap posting~


Posting 3 - Surgery II
Posting 4 - Paediatrics II



Pabila dah habis posting, bersedialah untuk study week. Selalunya study week 3 minggu je. Kitorang dapat lama sikit sebab ada cuti seminggu sempena hari raya aidilfitri. Sedih betul... orang lain sibuk beraya, kitorang sibuk baca buku. Ramai batchmate aku sambut raya kat KTDI je. Tak balik kampung pun. Sadis kan.

Akhirnya, habis pun study week. 6 Syawal 1437H, hari pertama ProExam kami. Malam sebelum exam tu, hati tetiba berdebar tak hengat. Orang kata kalau dok palpitation ni tanda nak jumpa jodoh. Hmmm mungkin kan jodoh aku ada kat ProExam? Kahkah.

***

Okeh habis pun intro nya. Panjang pulak melalut. Haha. Dah dah, jom masuk cerita pasal ProExam yang sebenar~

Ni dia KMJP aku~


  

ProExam ada 2 bahagian iaitu teori dan klinikal. Kat atas ni jadual teori je. Exam teori mengambil masa 4 hari (KFQ, MCQ), manakala exam klinikal selama 2 hari (unmanned OSCE, long case, short case). 



Kebiasaannya~

MINGGU PERTAMA

Isnin - Unmanned OSCE
Selasa - KFQ 1 (medical-based)
Rabu - KFQ 2 (surgical-based)
Khamis - MCQ 1 (medical-based)
Jumaat - MCQ 2 (surgical-based)  

MINGGU KEDUA 

Isnin hingga Sabtu - long case & short case (setiap pelajar SEHARI sahaja)

* sebarang perubahan jadual peperiksaan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


***

Sepanjang 5 hari theory exam yang berturut-turut tu, otak kita akan penat pastu rasa nak cepat habiskan exam je. Masuk je minggu kedua, haaaaa tetiba adrenaline rush bagai tiada hari esok. Clinical exam kot. Sape tak cuak.

Jadual dah tunjuk... laaa ni jom kita tengok format penilaian ProExam pulak~

Continuous assessment - 30%
Theory - 35%
Clinical - 35%
TOTAL = 100%

* must PASS each component to pass ProExam *


Ni pulak details mengenai setiap komponen~

1. Continuous assessment (30%)

Kita kan ada 5 posting dalam final year. So, setiap satu posting membawa 6%. Supervisor's report, case write-up, log book, Mini-CEX etc semua masuk dalam continuous assessment. 

2. Theory (35%)

* KFQ 1 - normally 10 medical-based questions
* KFQ 2 - normally 10 surgical-based questions
* MCQ 1 - normally 60 medical-based questions (OBA, EMI)
* MCQ 2 - normally 60 surgical-based questions (OBA, EMI)

3. Clinical (35%)

* Unmanned OSCE (20%) - 20 stations which covered ALL POSTINGS
* Long case (30%) - 1 station only (if you failed long case, you failed ProExam)
* Short cases (50%) - 4 stations


 


***

Nak tau macam mana cara pelaksanaan ProExam? Haaa mula-mula sekali, jangan lupa bawak kad matrik dan slip KMJP sepanjang waktu exam. Kita start dengan minggu pertama dulu ye~  

Isnin - Unmanned OSCE 

Selalunya unmanned OSCE diadakan kat Pusat Peperiksaan Tingkat 10 kan? Kali ni, kita jawab unmanned OSCE kat Dewan Peperiksaan Tingkat 4. Ada 2 sesi. Sesi pertama pada pukul 9 pagi, manakala sesi kedua pada pukul 11 pagi. Setiap orang perlu pergi satu sesi je. Nasib lah korang dapat sesi pertama atau kedua.

Untuk unmanned OSCE ni, tak perlu pakai white coat. Korang akan ada 20 stesen soalan, yang mana setiap stesen mengambil masa 5 minit sahaja. So, sila lah jawab dengan pantas. Jangan risau, ada stesen rehat. So, rehatkan lah minda anda puas-puas kat stesen tu. Banyak sangat nak kena study untuk unmanned OSCE sampai kadang-kadang jadi konfius bila tengok soalan. Tu cerita pasal diri aku. Korang tak kot. Hehe.

Oh ye. Tiada langsung stesen PPD dalam unmanned OSCE. Harap maklum.

Selasa - KFQ 1 (medical-based)

Exam KFQ ni pelik sikit. Kadang-kadang, korang dapat question paper untuk each posting serentak. Kadang-kadang, korang dapat question paper untuk 1 posting je dulu. Kena jawab paper tu sampai habis, hantar ke depan, then keluar dewan selama 15 minit. After that, baru masuk semula ke dalam dewan dan jawab the next paper. So, cara paling mudah... korang study jelah semua benda sebelum bermulanya exam KFQ 1. Prepare for the worst. Masukkan semua ilmu mengenai medical-based dalam otak korang, then aplikasikan dalam menjawab soalan. KFQ 1 mengambil masa selama 3 jam untuk kesemua 10 soalan.

Takde soalan PPD. Harap maklum.

Rabu - KFQ 2 (surgical-based)

Cara pelaksanaan KFQ 2 sama je dengan KFQ 1. Paper ni pun mengambil masa 3 jam untuk 10 soalan.

Khamis - MCQ 1 (medical-based)

Korang mesti dah biasa sangat jawab soalan MCQ kan? Seperti biasa, MCQ terdiri daripada OBA dan EMI. So, mestilah ada dua kertas OMR. Satu untuk OBA dan satu lagi untuk EMI. Jumlah soalan adalah 60 dan perlu dijawab dalam masa 2 jam sahaja. Bermaksud, setiap satu soalan korang boleh spend maximum 2 minit sahaja termasuk nak lorekkan kertas OMR. Kelam kabut gila woi!

Jumaat - MCQ 2 (surgical-based)

Sama je macam MCQ 1. Takde beza. 
 


***

Akhirnya, habis pun 5 hari yang memenatkan. Selesai je paper MCQ 2, korang akan ada briefing mengenai clinical exam. Masa ni, jadual clinical exam tak keluar lagi. Semua orang duk palpitation nak tau bila giliran clinical exam dorang. Palpitation mengalahkan nak dapat result exam!

Yelah. Siapa yang exam hari Isnin tu mesti tak dapat tidur lena dah. Ada 2 hari je nak cover long case dan short case kot! Memang makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena lah jawabnya. Siapa yang exam hari Sabtu pulak, rasa sedih sebab kawan-kawan lain dah merdeka awal. Dorang ni terseksa tak habis-habis exam lagi. Banyak gila lah perasaan yang muncul masa ni I tell you.

Cara yang terbaik... korang redha jelah dengan ketentuan Ilahi. Terima je takdir korang dapat hari apa sekalipun. Mungkin tu hari yang terbaik untuk korang :)




Baiklah. Jom kita tengok bagaimanakah cara pelaksanaan clinical exam pada minggu kedua yang cukup mendebarkan ini~

* Setiap pelajar SEHARI sahaja. Kebiasaannya, long case pada sesi pagi, short case pula pada sesi petang.

LONG CASE

Korang tau kan kita MESTI PASS long case baru pass ProExam? Kalau teori korang hebat gila sekalipun tapi gagal long case, anda tetap gagal ProExam. Haaaa nampak tak tahap kedahsyatan dia tu? So, tolong lah perform yang terbaik masa long case. Jangan lupa cover semua common diseases in details. Aku tak cakap rare disease tak masuk exam. Pape kes boleh masuk exam. So, tetap kena study semua. Itulah gunanya segala pengalaman korang semasa posting. Pastikan clerk patient betul-betul, examine betul-betul dan fikir tang discussion betul-betul. InsyaAllah... membantu sangat masa ProExam nanti.

Ada 4 sesi long case. Pukul 8.00 pagi, 9.05 pagi, 10.20 pagi dan 11.25 pagi. Ikutlah korang dapat sesi yang mana satu. Nanti korang kena buat lucky draw yang menentukan nasib long case korang. Apa yang korang pilih, itulah kes yang korang akan dapat. So, sila lah berdoa banyak-banyak sebelum membuat cabutan tersebut. 




Korang akan diberi masa 45 minit bersama patient. Dalam masa 45 minit tulah korang kena clerk dan examine patient tersebut. Setiap patient ditempatkan dalam satu bilik. Dalam bilik tu hanya ada tiga orang iaitu korang, patient dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). PPK tu tugasnya cuma sebagai chaperone sahaja. Bukannya assistant korang. Segala physical examination, vital signs semua korang kena buat sendiri. Ada satu troli khas yang diletakkan kat luar bilik exam yang mengandungi BP set manual, thermometer, tongue depressor etc. Boleh je mintak tolong akak PPK ambikkan kalau dorang baik. Hehe. 

Selain tu, setiap orang akan dibekalkan dengan electronic stop watch. So, boleh lah tengok berapa minit yang tinggal. Dia akan berdering kalau dah habis masa. 

Selepas 45 minit, korang perlu keluar dari bilik exam menuju ke bilik examiner. Ada meja dan kerusi yang diletakkan kat luar bilik tu, khas untuk korang. Masa ni, korang diberi masa 15 minit untuk arrange history, fikir investigations dan management. Dah tak boleh jumpa patient dah tau! Korang cuma boleh jumpa patient dalam masa 45 minit tu je. 

Saat korang duduk tu lah tetiba examiner keluar dari bilik dia untuk clarify history from patient. Haaaa masa ni kalau boleh bukak mata tu luas-luas. Tengok examiner tu dari department mana. Kang elok-elok je korang clerk pasal medical, sekali examiner yang keluar tu dari department surgery. Dah konfem-konfem lah sebenarnya itu kes surgery. So, boleh cepat-cepat arrange balik history untuk fokus kepada diagnosis dalam surgery. 15 minit je tau nak fikir semua ni.  Saat korang arrange history, examiner akan clarify history from that patient.

Pabila loceng berdering, tibalah masanya untuk korang masuk ke dalam bilik examiner tadi. Dah ready ke nak viva? Ada 2 examiner akan duduk kat depan korang. Mungkin jugak 3 examiner. Dah macam sesi soal siasat dalam lokap polis. Istighfar lah banyak-banyak. Memang berdebar tak hengat masa ni. Korang diberi masa 30 minit untuk case presentation dan Q&A. Habis je 30 minit tu, loceng berdering lagi menandakan habislah long case exam korang :)




Okay dah boleh bertenang sikit kot masa ni. Tinggal short case pulak pada sesi petang.

***

SHORT CASE

Short case pulak ada 2 sesi. Pukul 2.30 petang dan 3.30 petang. Ikut korang lah dapat sesi yang mana satu. Konsep dia sama je. Korang kena buat lucky draw untuk menentukan nasib korang.

Ada 4 stesen short case~

Stesen 1 - IM / Emed
Stesen 2 - O&G
Stesen 3 - Ortho / Surgery
Stesen 4 - Paeds / ENT / Ophthal / Psychiatry

Setiap stesen mengambil masa 10 minit. 7 minit untuk buat physical examination dan 3 minit lagi untuk sesi discussion. Kemudian, korang boleh rehat selama 3 minit sebelum meneruskan dengan stesen kedua. Sama lah jugak... 10 minit dengan patient dan examiner, then 3 minit rehat. Tak semestinya korang akan mendapat stesen ni semua mengikut urutan. Ikut dia lah nak start dengan yang mana satu dulu.

Selepas sejam.... akhirnya.... MERDEKA!!!! Tapi merdeka sekejap jelah. Result tak keluar lagi. Huhu. Ambiklah masa ni untuk rehatkan fikiran puas-puas sebelum result keluar. Jangan lupa terus berdoa dan tawakal kepada Allah :)




p/s: Kedua-dua long case dan short case akan dijalankan kat Pusat Peperiksaan Tingkat 10. Tolong bawa segala equipment yang diperlukan semasa clinical exam. Senarainya ada kat sini :)

***

Okay macam dah habis je cerita pasal ProExam. Secara jujurnya, aku takde pape tips mengenai ProExam untuk korang. Yelah... aku pass je pun. Bukannya distinction. Kalau disctinction, layak lah kot bagi tips. Kehkeh.

Aku cuma boleh share pengalaman ProExam aku je kot. Hihi. Mengenai theory component, rasanya macam takde apa sangat. Yang penting, study jelah semua benda. Ingat keyword setiap disease yang membantu dalam menjawab EMI. Kena tau bezakan term appropriate management, definitive management dan next management untuk soalan OBA. Soalan KFQ tersangatlah susah. Bukan common disease dia bagi. So, korang memang kena study. Takde pilihan lain.




Mengenai clinical exam (part yang paling buat aku cuak), seperti yang aku nyatakan kat atas tadi... korang kena cover semua common cases yang ada kat wad. Kes-kes terpinggir pun kena cover jugak. Cuma, expectation examiner kat korang lebih sikit kalau dapat common cases masa long case seperti acute coronary syndrome (ACS), jaundice, acute gastroenteritis (AGE) dan dengue fever. Kes-kes ni semua kena tau investigations and management in details. Jangan lupa fikir differential diagnosis (DDx). Minimum 3 DDx tau. Kalau dapat bagi 5 lagi bagus.

Bukannya long case je yang mendebarkan. Short case pun 2x5 jugak. Dah lah banyak gila physical examination yang perlu dicover. Semua posting nak kena baca. Ada antaranya yang dah lama tak praktis seperti orthopaedic examination, ENT examination dan psychiatry clerking. Masa study week lah baru sibuk nak cover semua benda. Belum masuk kena baca untuk teori lagi. Haaaaa sekarang korang faham tak betapa pentingnya time management.




***

Clinical exam aku jatuh pada hari Selasa. Tetap awal jugak. Huhu. Sehari je selepas Isnin. So, aku ada 3 hari untuk revise balik segala potential cases for long case and short case. Alhamdulillah, aku dapat sesi ke-4 untuk long case... pukul 11.25 pagi. So, pagi tu masih ada masa selak buku sikit-sikit. Hehe.

Sebelum cabut undi tu, aku berdoa tak henti. Masa cabut undi pun duk istighfar dalam hati. Harap-harap, dapatlah kes yang aku boleh handle, patient yang cooperative, examiner yang baik dan viva yang berjalan dengan lancar. Masa tu aku dapat abjad F kalau tak silap. Semua orang dibekalkan dengan clerking board bersaiz A4 bersama kertas A4 kalau tak silap ada 5 helai. So, semua orang boleh masuk ke dalam Pusat Peperiksaan, dan kitorang ditempatkan kat depan bilik exam. Tak nampak pun patient masa ni sebab bilik tu bertutup.




Tengah-tengah duduk menunggu sebelum masuk bilik exam tu, tiba-tiba akak PPK hulurkan growth chart dan BP centile chart kat aku. Eh orang sebelah tak dapat pun. Kenapa aku je yang dapat? Sudah... aku dapat kes paeds lah ni! Terus otak aku ligat memikirkan common paeds cases. Masa ni, tangan pun ligat tulis heading untuk setiap component dalam history taking macam HOPI, PMHx, PSHx etc. Dah lah paeds ada tambahan birth hx, immunisation hx, diet hx and developmental hx. Harap sempat lah nak clerk dalam masa 45 minit.

Then, boleh masuk ke dalam bilik exam bersama electronic stop watch. Oh patient tu dah besar rupanya. Bukannya baby. Ada mak dia sekali dalam bilik tu. So, macam biasa... perkenalkan diri, build rapport dan tanya sebab apa datang ke sini. Biasanya jawapan dorang ni... sebab doktor suruh datang. Haha. So, korang kenalah explore... doktor mana yang suruh datang, selalu follow-up kat klinik mana, pernah masuk wad ke tak, wad apa.

Rupa-rupanya, patient tu pernah masuk wad pediatrik dua minggu lepas disebabkan demam denggi. Tapi, aku tak berani nak assume diagnosis dia denggi semata-mata. Mana tau dia ada multiple comorbidities. So, aku tanya lah ada sakit pape tak selain denggi. Then, dia cakap ada bronchial asthma.

To play safe, aku fokus kat dua-dua penyakit serentak. About dengue and bronchial asthma. Kelam-kabut jugaklah nak clerk dan examine dalam masa 45 minit tu. Nak confirmation sebab apa dia datang pun dah ambik masa 5 minit. HAHA.




Habis je 45 minit, aku pun keluar daripada bilik exam untuk arrange history. Masa ni masih lagi tak confirm, betul ke kes yang aku clerk tu paeds case. HAHA. Bila tengok muka examiner, barulah konfiden sikit. Yesss memang paeds case. Tapi, hati jadi agak tak keruan sebab examiner aku ada 3 orang. Kahkah. 2 orang paediatrician, sorang lagi family medicine specialist. Takpe... take it easy. Aku ada 15 minit je nak arrange history ni.

Kini, tibalah masa untuk viva. Sorang paediatrician dan sorang family medicine specialist duduk betul-betul depan aku. Kami hanya dipisahkan dengan sebuah meja. Kihkih. Sorang lagi paediatrician tu hanya duduk kat penjuru bilik, dan takde marking sheet pun dengan dia. So, aku assume dia hanya observer.

Bermulalah 30 minit saat penghitungan. Macam biasa, kita mulakan dengan case presentation. Case summary aku adalah 11 years-old Malay girl with underlying bronchial asthma presented with dengue fever with warning signs for the last 2 weeks. Then, kedua-dua examiner tanya macam-macam pasal DDx, investigations dan management. Yang observer tu hanya angguk-angguk kepala je bila aku jawab betul. Betul lah kot kan. Takkan dia angguk pulak kalau salah. Hahaha.




Kemudian, 30 minit pun habis. Phewwww masa ni memang lega habis lah. At least rintangan pertama dah habis. Tinggal short case pulak pada pukul 3.30 petang. Memandangkan long case aku habis pukul 1 petang, aku cuma ada 2 jam setengah sebelum bermulanya short case. Aku duduk kat surau je, tak balik bilik pun. Masa ni, tak larat dah pun nak selak nota on short cases. So, aku pasrah dan berserah je.

Perkara yang sama berlaku. Marilah cabut undi bagi sesi short case. Masa tu aku dapat tag warna biru. So, aku dapat kes~

Stesen 1 - Ortho (knee examination)
Stesen 2 - O&G (gynaecology examination)
Stesen 3 - Ophthal (fundoscopy)
Stesen 4 - IM (CVS examination)

Secara jujurnya, aku tak rasa aku perform masa short case. Banyak sangat nak kena cover sampai aku jadi konfius. Haha. Tapi aku malas nak fikir banyak. Sekali lagi, teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Finally, aku dah merdeka yeay!!!! So, dapatlah rehat lama sikit sementara menunggu result.




Okay lah. Aku rasa dah takde apa sangat untuk dikongsi. Cuma satu nasihat aku, sepanjang waktu exam... jangan lupa terus BERDOA dan BERDOA. Kebergantungan kepada Allah tu sangat penting. Selain daripada tu, pastikan korang dapat rehat yang mencukupi sebelum exam. Jangan makan yang pelik-pelik, satgi dapat diarrhea susah pulak. Dan jangan tidur lambat sangat. Mintak tolong kawan kejutkan korang setiap pagi sebelum exam. Kalau terlambat datang exam lagi haru. 

Ada sorang batchmate aku terlambat datang exam untuk paper MCQ 1. Dah lah paper tu susah gila. Aku yang jawab 2 jam pun tak sempat nak baca soalan betul-betul. Dia datang lambat setengah jam kot. Lagi lah kelam-kabut gila nak menjawab. Dengan emosi yang terganggu lagi. Dah lah ada paper lain lagi esok. Alhamdulillah dia hebat. Mampu PASS ProExam walaupun datang lambat. Kau memang sensei. Kahkah :P

Akhir kata, selamat maju jaya untuk MISI JUBAH MERAH masing-masing! :)



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails