After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


16 July 2013

MS II Module

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah lama aku tak update blog kan. gaya macam busy gila sampai tak ada masa nak online. padahal online setiap hari *ehem*.

Sebenarnya aku dah pun bercuti selama sebulan selepas habis final exam Semester 4. seminggu lepas tu, result keluar dan Alhamdulillah, aku lulus semua modul. maksudnya berakhirlah kehidupan aku sebagai pre-clinical student. yeay!(?) (tak tau patut yeay ke tak memandangkan kehidupan sebagai clinical student lebih busy)

Kata dah cuti sebulan kan, kenapa aku tak update blog? jawapannya, sebab aku malas. haha! busy sangat lah cuti ni tengok variety show Korea *ehem*. tapi, memandangkan result UPU untuk kemasukan September 2013 dah keluar, ku gagahkan jugak lah diri ini untuk update blog. konon blog aku diperlukan sangat lah oleh freshie =P


Sape dapat teka ni gambar apa, aku bagi hadiah pakej percutian ke rumah masing-masing =P

***

Orait takyah melalut panjang-panjang. kita pergi terus kepada titik (straight to the point). walaupun aku dah habis Semester 4 sekaligus dah menamatkan Tahun 2 dengan bergaya *eceh*, entri mengenai Semester 3 dalam blog ni belum lagi lengkap. so, nak tak nak, kena lah aku lengkapkan dulu cerita tentang Semester 3 kan~

Well, modul Medicine & Society ni korang dah jumpa masa Semester 2 dulu. so secara asasnya, sesi pembelajaran modul ni sama je macam dulu. cuma adalah beza sikit-sikit. sila jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni yang mana warna biru mewakili MS II Module.

Untuk modul ni, akan ada:

* 16 CL
* 3 SLP
* 1 PBL
* 2 PE (Practical Epidemiology)
* 5 PS (Practical Statistics)

Dalam modul ni, kita akan belajar dua benda iaitu epidemiology dan statistics. CL1 sampai CL10 akan cover bab epidemiology manakala CL11 sampai CL16 akan cover bab statistics. macam biasa lah, CL kena pergi DK1 untuk mendengar lecture. SLP pulak, baca jangan tak baca. mungkin agak pelik kenapa ada PBL dalam modul ni. PBL kali ni tak masuk dalam markah pun. saja je nak tambah ilmu pengetahuan. sesi PBL ni akan dijalankan dalam slot PBL terakhir korang. eh tapi, soalan dalam PBL ni masuk final exam tau. ahaks!

Kemudian, slot P pun terbahagi kepada PE dan PS. korang akan diberi soalan awal-awal, jawab dulu then pergi ke DK1 untuk perbincangan jawapan dalam slot PE. manakala dalam slot PS, waktu ni lah korang kena bekerjasama dengan lab members. alaaaa sama je macam MS I dulu, ada presentation. bezanya kali ni, korang kena buat satu research mengenai statistics. sebagai contoh, hubungan antara fizikal aktiviti dengan berat badan dan sebagainya. masa ni lah korang akan jumpa benda baru iaitu SPSS. gunakan lah benda alah ni untuk kira data dalam research korang tu. selain presentation, report pun kena buat jugak ye =)

***

Macam mana pulak dengan format penilaian modul ni? don't worry, I'm here bebeh *eceh*~



Well, korang boleh nampak kan continuous assessment = 40%. sama je macam MS I, ada dua Mini Test dalam modul ni. jumlah soalan pun 20 jugak. Mini Test I akan cover bab epidemiology manakala Mini Test II pulak akan cover bab statistics

Then, apa maksud Practical Assessment via SPIN tu? sebenarnya, soalan praktikal yang korang dapat untuk slot PS, perlu dijawab sendiri. pastu, lecturer akan bukak kuiz kat web SPIN untuk setiap slot PS dan korang perlu lah jawab soalan kuiz tu. untuk pengetahuan, kuiz akan dijalankan sebanyak 4 kali. jadi tolong lah jangan lupa jawab sebab ada markah sebanyak 10% kot.

Kalau dah jawab kuiz secara individu untuk slot PS, buat apa nak pergi MPG kan? well, toksah nak ponteng pulak ok. masa slot PS tu lah korang kena bincang dengan lab members berkenaan research yang nak dibuat tu. bermaksud, korang boleh jumpa lab members sebanyak 4 kali untuk berbincang dan bersedia sebelum presentation dalam slot PS5. jangan lupa, presentation dan report menyumbang sebanyak 10% =)

Untuk final exam pulak, dia akan cover semua CL, SLP, PBL, PE dan PS. 60% je. ahaks! so, study jelah betul-betul. hafal bab epidemiology dan fahamkan bab statistics dengan sebaik-baiknya. untuk epidemiology, akan ada sesetengah soalan yang perlukan pengiraan tapi formula tak diberi. so, sila kan hafal ok. statistics pulak, ada banyak cara pengiraan data yang berbeza. agak memeningkan kat situ. sebab tu lah korang kena faham. formula pun banyak. tapi formula diberi. so, jangan risau =)

***

Silakan tengok buku-buku untuk modul ni~



Macam biasa, aku tak pernah pun cari semua buku ni. kehkehkeh =P

***

Memandangkan topik statistics adalah berkisar kepada pengiraan, kat sini aku nak bagi tips sikit mengenai cara shortcut untuk kira tu semua.

Dalam praktikal untuk slot PS, akan ada soalan macam ni~



Tak perlu kot aku nak terangkan panjang lebar mengenai soalan ni. nanti korang akan belajar jugak. cukuplah aku bagi tips macam mana nak kira total D (kotak merah) secara cepat menggunakan kalkulator. mungkin korang dah pernah belajar teknik ni untuk subjek Matematik masa nak SPM dulu. tapi, maklumlah... dah 2 tahun tinggalkan sekolah, terus lupa. takpe takpe, meh sini Cikgu Kura-Kura ajarkan. ahaks! =P

Mula-mula, korang kena lah kira perbezaan antara Hb1 dan Hb2 dulu. kira satu-satu. masukkan dalam kotak merah. kalau ada yang negatif, letak sekali simbol negatif tu. jangan suka-suka je buang ok.

Berikut merupakan formula yang korang perlu guna untuk soalan ni~



Dipendekkan cerita, korang kena cari t. tapi kenalah tau mean dan standard deviation untuk d/D dulu kan. kalau korang ingat lah, formula mean adalah total D bahagi n (30). formula standard deviation pulak, ada total D^2. jenuh gila nak kira satu-satu. tu baru 30 data. kalau 60 data macam mana? probability untuk salah kira adalah sangat tinggi. haaaa itulah gunanya kalkulator.

Berikut merupakan langkah-langkah pengiraan nya murid-murid~

1. Mula-mula, korang ambik kalkulator dulu. 
2. Then, tekan on *kekeke* =P
3. Pastu tekan shift+mode, pilih no 3 untuk clear data. 
4. Tekan mode dua kali, pilih no 1 (SD).
5. Masukkan nilai D (kotak merah) untuk data nombor 1. then, tekan M+. 
6. Masukkan pulak nilai D untuk data nombor 2, tekan M+ lagi sampai lah habis kesemua 30 data. jangan lupa simbol negatif pun perlu dimasukkan. akhir sekali, pastikan n=30.
7. Tekan shift+2, pilih nombor 1 untuk mean d/D. masukkan dalam formula kat atas.
8. Tekan shift+2, pilih nombor 3 untuk standard deviation d/D. masukkan jugak dalam formula.
9. Tadaaaaa... dah boleh kira nilai t macam biasa. cepat dan mudah =D

***

Selain tu, korang jugak akan jumpa soalan macam ni~



Kali ni, korang kena cari nilai r dengan mengira total xy (kotak pink). caranya, kena lah darab kan weight/x (kotak  biru) dengan birthweight/y (kotak ungu). gila lah nak darab kan satu-satu sampai habis 30 data kat atas! probability untuk silap kira memang tinggi gila lah. 

Ini merupakan formula yang perlu digunakan~



Basically, cara yang perlu digunakan untuk kira total x dan total x^2 dengan total y dan total y^2 adalah sama dengan cara kira total D kat soalan pertama tadi.

Cara pengiraan total x dan total x^2~

1. Tekan shift+mode, pilih no 3 untuk clear data. 
2. Tekan mode dua kali, pilih no 1 (SD).
3. Masukkan nilai weight/x (kotak biru) untuk data nombor 1. then, tekan M+. 
4. Masukkan pulak nilai x untuk data nombor 2, tekan M+ lagi sampai lah habis kesemua 30 data. akhir sekali, pastikan n=30.
5. Tekan shift+1, pilih nombor 2 untuk total x. masukkan dalam formula kat atas.
6. Tekan shift+1, pilih nombor 1 untuk total x^2. masukkan jugak dalam formula.

Cara pengiraan total y dan total y^2~

1. Tekan shift+mode, pilih no 3 untuk clear data. 
2. Tekan mode dua kali, pilih no 1 (SD).
3. Masukkan nilai birthweight/y (kotak ungu) untuk data nombor 1. then, tekan M+. 
4. Masukkan pulak nilai y untuk data nombor 2, tekan M+ lagi sampai lah habis kesemua 30 data. akhir sekali, pastikan n=30.
5. Tekan shift+1, pilih nombor 2 untuk total y. masukkan dalam formula kat atas.
6. Tekan shift+1, pilih nombor 1 untuk total y^2. masukkan jugak dalam formula.

Cara pengiraan total xy~

1. Tekan shift+mode, pilih no 3 untuk clear data.
2. Tekan mode dua kali, pilih no 1 (SD).
3. Masukkan nilai x untuk data nombor 1, tekan shift+Y untuk dapatkan simbol ; pastu masukkan nilai y untuk data nombor 1, tekan M+.
4. Masukkan pulak nilai x;y untuk data nombor 2, tekan M+ lagi sampai lah habis kesemua 30 data. kali ni, nilai n takkan bersamaan dengan 30 ok.
5. Tekan shift+1, pilih nombor 2 untuk total xy. masukkan dalam formula kat atas.

Akhir sekali, boleh lah kira nilai r. memang jalan kerja nya panjang sikit. tapi probability untuk salah kira tu dapat dikurangkan =)

***

Agak-agak kejam tak kalau soalan macam ni keluar exam? nak kira satu soalan je nak ambik masa berapa lama kan. well, jangan risau. kebiasaannya, soalan exam takde lah sekejam mana pun. mean, standard deviation, total x, total y, total xy tu biasanya akan diberi. soalan macam ni akan keluar dalam praktikal yang jadi kuiz tu. tapi mana lah tau, tetiba soalan exam jadi kejam ke. at least, korang dah bersedia kan ;-)

***

Ok lah. sampai sini je cerita untuk modul ni. masa Mini Test I, aku dapat C+ (55%). masa Mini Test II pulak, Alhamdulillah aku dapat A (100%). ni semua sebab aku suka Matematik. maklum lah, statistics kan kena mengira je =)



Result final exam aku hanyalah B (65% - 69%). takpe lah, asalkan lulus =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails