After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


20 July 2013

Keperluan Student Medic UKM Tahun 2

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Korang mesti selalu tertanya-tanya kan, apa yang diperlukan untuk Tahun 2. well, aku dah pernah list kan apa yang korang perlukan masa Tahun 1 kat sini. so secara ringkasnya, korang hanya perlukan lab coat sahaja masa Tahun 1.

Bila dah masuk Tahun 2 ni, ada banyak lagi benda yang diperlukan selain daripada lab coat, terutamanya untuk CSL Module iaitu :


Stetoskop



Kebanyakan lecturer cadangkan kita beli jenama Litmann. harganya dalam RM220. suka hati korang lah nak warna apa pun. korang akan start gunakan stetoskop masa Semester 3 iaitu untuk Cardiovascular dan Respiratory Examination. selain tu, stetoskop ni jugak akan digunakan dalam Semester 4 untuk Gastrointestinal Examination. kalau korang pandai jaga barang, silap-silap boleh gunakan stetoskop ni sampai lah dah kerja nanti.


***

Measuring Tape



Harga benda alah kat atas ni RM5. suka hati jugak nak warna apa. measuring tape akan digunakan untuk Gastrointestinal Examination dalam Semester 4.


***

Pen Torch



Harga pen torch ni RM12. akan digunakan untuk Gastrointestinal dan Nervous System Examination dalam Semester 4.


***

Tendon Hammer



Tendon hammer ni ada macam-macam jenis. ada yang murah dan ada yang mahal. tapi ramai yang cadangkan supaya beli tendon hammer yang harga nya RM48. benda ni akan digunakan untuk Nervous System Examination dalam Semester 4. 


***

Neurokit



Harga benda ni RM12. akan digunakan untuk Nervous System Examination dalam Semester 4.


***

Kesemua barang kat atas boleh dibeli kat Kamal Bookstore. alaaa berapa langkah jelah dari fakulti. oh ye, sila beli menggunakan duit sendiri ok. itulah gunanya biasiswa JPA. bukan untuk shopping je =P

Dulu, aku beli kesemua barang ni (kecuali stetoskop) dengan menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). so, kalau dapat baucar buku lagi nanti, boleh lah korang gunakan untuk membeli barang keperluan medic ni =)

***

Selain tu, kat sidebar belah kiri blog ni, aku ada buat satu poll. korang boleh lah vote ok. pilih banyak-banyak jawapan pun takpe =)



Oh ye! kalau korang nak soft copy lecture notes, sila pm aku kat facebook. untuk peminat Korea pulak, boleh lah jenguk blog Into The New World aku. hehe. annyeong~


11 comments:

Anonymous said...

Salam

Saya dapat dentistry UKM.
Saya nak tanya pasal pakaian. Pelajar dentistry kena pakai kemaja ke hari-hari.

kurakuraygslow said...

Wassalam. Tak pasti pasal dentistry. Tp kalau medic untuk pre-clinical years, wajib pakai kemeja untuk exam dan presentation. Hari-hari lain boleh pakai t-shirt berkolar. Mungkin dentistry pun macam tu.

Anonymous said...

Sis, nk tnye pasal kampus cheras, bleh ke?.mnx emel ke izzatihassim@gmail.com utk respon sis..

kurakuraygslow said...

Kalau boleh, sila inbox facebook kura-kura. Lebih senang untuk reply.

Unknown said...

Salam akak.
Akak kat UKM ada aktiviti koko ke? Antara aktiviti koko untuk student medic
selalunya apa?

kurakuraygslow said...

Izzati Syazwani: Yup memang ada koko. Dan ada course Pembangunan Ihsaniah. Kalau nak tau details pasal course tu, try cari entri dalam blog ni :) Koko tu tak wajib, tapi pembangunan ihsaniah tu wajib. Antaranya boleh buat aktiviti pergi rumah anak yatim etc.

Unknown said...

Kak, kalau medic ukm mmg wajib dapat surat untuk test ukm-unpad tu ke? If takdapat means mmg takde harapan dah ke nak dapat medic ukm?

kurakuraygslow said...

Eddy Azman : Yang dapat surat untuk test UKM-UNPAD tu, untuk sape-sape yang nak join twinning UKM-UNPAD tu je. Kalau ada panggilan untuk interview dan aptitud test kat UKM, baru direct masuk medic kat UKM. Pape pun, yup. Memang kena ambik test tu dulu baru ada harapan masuk medic UKM. Kalau tak dapat, maksudnya memang takde harapan rasanya.

Anonymous said...

Salam kak. Saya nak tanya if you have a choice between study at india or ukm. Which one you prefer the most? And system blajar kat ukm senang nak pass x?? Hope you can answer asap. Thanks

kurakuraygslow said...

Wassalam. If I were you, I will choose UKM since I don't want to study abroad. Far away from family lah. Haha. Tapi tengok lah jugak. Study kat India tu under scholarship or sendiri? Study kat UKM insyaAllah ada scholarship. And my prof said, better to study where you are going to practice as a doctor. To be frank, belajar kat Malaysia lebih susah nak pass. Tapi, kalau study betul-betul, insyaAllah okay :)

En Wady said...

Sy ada jual littmann stethoscope rm220, call/ws 0196099286 wady

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails