After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


17 July 2013

Hubungan Etnik (ZT)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Penerangan mengenai Medical Module untuk Semester 3 semua dah habis. so kali ni, aku nak beralih kepada subjek universiti pulak. kalau masa Semester 1 dan Semester 2 korang jumpa English Class, dalam Semester 3 ni korang akan jumpa subjek yang berkod ZT pulak. cer tengok jadual keempat-empat modul sekejap, korang akan perasan ada slot ZT pada setiap hari Rabu dari pukul 2 hingga 5 petang.

Kali ni, korang akan belajar subjek Hubungan Etnik. macam biasa, subjek universiti tak masuk dalam CGPA. tapi perlu lulus!

***

Jom tengok format penilaian subjek ni sekejap~



Sama je macam English Class, kelas ni pun bosan jugak. haha! tapi nak buat macam mana, korang kena lah gagahkan diri jugak untuk menghadirkan diri ke kelas pada waktu petang. untuk pengetahuan korang, subjek yang berkod ZT ni bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum. so, setiap kumpulan perlulah ada kombinasi jantina dan kaum untuk menjayakan matlamat subjek ni.

Cadangan aku, korang gunakan jelah kumpulan PBL korang tu. habis cerita. senang nak jumpa untuk berbincang mengenai tugasan ZT selepas PBL. walaupun ada kumpulan mengikut PBL masing-masing, kelas akan diadakan kat DK. nak buat macam mana, dah lecturer nya sorang je. presentation pun kat DK jugak. hehe =D

***

Orait, korang boleh nampak Kerja Kursus = 50% kan. kali ni korang kena buat research jugak. ala-ala MS II Module pulak. tapi research haruslah berdasarkan kepada konsep perpaduan. mula-mula, kena hantar proposal (5%) dulu. lepas tu presentation dalam bentuk Power Point (20%). akhir sekali, report (25%).

Then, Final Exam = 50%. macam biasa, ini merupakan exam bertulis. ada 50 soalan objektif. memandangkan exam ni gabung dengan fakulti lain, so korang kenalah jawab exam bersama-sama student fakulti lain jugak. KMJP pun berbeza daripada KMJP Medical Module.



Dengar cerita exam paper ni mengamalkan prinsip banyak jawapan untuk satu soalan. then tolak markah untuk setiap jawapan yang salah, takde markah untuk soalan yang tak dijawab dan tambah markah untuk jawapan yang betul. tapi, aku rasa kertas soalan yang aku jawab tu ada satu jawapan je. so aku pun jawab jelah semua sebab tak tolak markah pun.

Takyah kalut sangat nak study Hubungan Etnik ni. kalau target nak lulus je (macam aku), korang boleh selak nota dan tengok past year questions sejam sebelum exam. Alhamdulillah lulus jugak. kekeke =P

***

Ok lah. dah habis semua penerangan mengenai subjek untuk Semester 3. nanti aku akan update mengenai Final Exam Semester 3 pulak =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails