After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


20 July 2013

CHC Module


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Well, modul Comprehensive Health Care ni mungkin nampak baru bagi korang. tapi sebenarnya dia adalah kesinambungan kepada modul Medicine & Society yang korang dah jumpa masa Semester 2 dan Semester 3 dulu. akan tetapi, cara perlaksanaan modul ni adalah berbeza dengan MS Module. sila jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni yang mana warna biru mewakili CHC Module.

Untuk modul ni, akan ada:

* 4 CL
* 4 SGD
* 4 V

Modul ni ternyata berbeza daripada Medical Module yang lain sebab korang takkan ada final exam. yeay! modul ni menuntut kerjasama antara second year medical student dan third year pharmacy student. so apa yang perlu korang buat hanyalah pergi ke DK untuk slot CL. bukak telinga korang elok-elok sebab lecturer akan bagi panduan untuk korang buat visit ke rumah patient nanti. yup! kali ni korang akan jumpa patient. bukan patient tipu. ni patient betul punya.



Mula-mula, korang akan dibahagikan mengikut kumpulan kecil yang mana ahlinya ada 5 orang je. kalau korang bernasib baik, kemungkinan kumpulan kecil korang tu ada pharmacy student. then, gabung 3 kumpulan kecil menjadi satu kumpulan besar, sebagai contoh Kumpulan A. bermaksud, dalam Kumpulan A akan ada 3 kumpulan kecil (A1, A2, A3) dan 15 orang student. slot SGD akan mengikut kumpulan-kumpulan besar ni. ada seorang fasilitator untuk guide setiap kumpulan besar. kalau ada pape tugasan yang korang tak faham, boleh lah tanya fasilitator masing-masing masa sesi SGD.

Then, tadaaa.... kali ni korang ada Visit (V). tengok banyak gila kan sampai 4 V. sebenarnya, matlamat utama modul ni hanyalah untuk memupuk sikap kerjasama antara semua profesion dan jugak sikap mengambil berat terhadap pesakit. mula-mula, setiap kumpulan kecil akan mendapat pesakit masing-masing. pesakit-pesakit ni dah ditentukan untuk korang. 

So, korang perlulah pergi ke rumah pesakit ni mengikut kumpulan kecil masing-masing. transport sendiri ye. apa lah sangat naik teksi kan. pergi Pavilion hari-hari boleh pulak. eh?! =P 

Then korang explore lah apa yang patut pasal penyakit dia. masa SGD, terangkan sikit apa yang korang dapat kat fasilitator. selain daripada pergi ke rumah pesakit, korang jugak perlu pergi ke mana-mana institusi yang sesuai dengan penyakit dia. sebagai contoh, kalau dia ada kanser... korang kenalah pergi ke Cancer Institute. haaa macam tu lah kiranya. akhir sekali, macam biasa ada presentation dalam sesi SGD4. presentation ni ikut kumpulan besar masing-masing je. fasilitator korang sendiri yang akan bagi markah.



Mesti korang takut kan tengok banyak sangat Visit (V). sebenarnya, kalau pergi 2 je visit korang dah mampu dapat semua maklumat yang diperlukan, tak perlulah pergi visit lagi. nak pergi visit ni pun ikut waktu sendiri je. tak perlu ikut jadual. asalkan korang dan pesakit korang free, jalannnn. dulu aku pergi visit 2 kali je. sekali pergi rumah patient, sekali lagi pergi institut. hehe =D

***

Sekarang ni , jom kita beralih kepada format penilaian modul ni pulak~



So, Power Point presentation menyumbang sebanyak 30%, report pun 30%. dua-dua tugasan berkumpulan dan perlu ada wakil untuk hantar report secara online.

Pelik kan tetiba kena buat reflective writing pulak. dah lah PPD pun ada reflective writing. so takyah banyak songeh. buat je reflective writing ni secara individu dan jangan lupa hantar secara online sebab dia menyumbang sebanyak 25%.

Akhir sekali, peer assessment, facilitator evaluation dan attendance masing-masing menyumbang sebanyak 5%. bagi aku, senang je nak dapat 15% ni asalkan korang tak ponteng SGD.

Keseluruhannya dah cukup 100%. takde final exam pun. best betul! senang je nak lulus kalau korang buat yang terbaik untuk presentation korang tu =)

***

Berikut merupakan buku untuk modul ni~



Macam biasa, aku tak pernah cari pun buku-buku ni. hehe.

Ok lah. sampai sini je dulu. adios!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails