After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 January 2013

Reseat Exam Tahun 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku dah pernah terangkan kat entri ni bahawa setiap student Medic UKM perlu LULUS kesemua modul yang ada dalam Semester 1 dan Semester 2 bagi menjamin korang berjaya naik ke tahun seterusnya. akan tetapi, andai kata korang takde rezeki dan gagal mana-mana modul, jangan risau.... korang masih ada peluang kedua.

Maksudnya, korang perlu ambik RESEAT EXAM yang akan dijalankan sebulan selepas tamatnya Semester 2. berikut merupakan jadual reseat exam bagi batch aku~



See. dah boleh nampak betapa 'gila' nya jadual reseat exam ni kan. haha. padat nya... kemain! so, kalau korang gagal satu modul je, masih boleh tahan lagi lah. hanya perlu study satu modul tu untuk reseat. tapi kalau dah gagal banyak sangat modul, agak susah jugak nak catch up kesemuanya. however, anything possible kan. asalkan korang gandakan usaha, inshaaAllah boleh! =)

Tapi, korang mesti tak nak reseat kan. jeles kot tengok kawan-kawan lain enjoy je bercuti, tetiba kita kena study untuk reseat exam. takmo takmo =(

Oh ye. kalau final exam biasa, format penilaian dia ada termasuk 30% continuous assessment kan. dalam reseat exam ni, takde dah 30% daripada PBL dan EOM tu. 100% hanyalah bergantung kepada paper teori dan OSPE yang korang jawab dalam reseat exam tu. see. agak susah sebab korang perlu skor 100% daripada reseat paper tu je.

So, nasihat aku... study lah betul-betul untuk EOM dan Final Exam supaya korang lulus semua modul dengan bergaya =D

***

Dalam tempoh sebulan sebelum reseat exam ni, takde kelas rasmi yang akan diadakan. segala lecture mahupun tutorial adalah mengikut budi bicara lecturer. maksudnya, kalau lecturer rasa dia nak buat kelas, korang boleh lah datang kelas untuk modul yang korang nak reseat tu. tapi, masa ni, takde dah datang kelas untuk tadah telinga je. korang kena lah be prepared dengan segala soalan yang korang tak faham mengenai sesuatu modul tu ok =)



Result reseat exam ni akan dikeluarkan seminggu selepas tamatnya exam tersebut. kalau korang berjaya lulus modul yang korang reseat tu, Alhamdulillah. dapat lah korang naik ke tahun seterusnya. tapi, andai kata rezeki tak berpihak kepada korang yang mana korang tetap ada gagal mana-mana modul walaupun selepas reseat, nampaknya korang perlu ulang semula tahun yang sama ataupun dipanggil REPEAT YEAR.

***

Jadi, apa yang perlu korang buat hanyalah... study betul-betul. yup! itu je caranya. takde cara lain =D

***

Secara jujurnya, aku pun tak berapa yakin dengan ilmu sendiri. semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tau. apa yang aku harapkan hanyalah... aku mampu betulkan niat untuk belajar Medic ni. selain daripada nak penuhi impian ibu bapa, aku jugak nak jadi doktor yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. inshaaAllah =)

***


Macam ni lah paparan slip result untuk Semester 2. Untuk overall CGPA, macam biasa... akan dicampurkan CGPA Semester 1 dan Semester 2.

Semester 1 dulu aku dapat 3.26. tapi, CGPA Semester 2 aku jatuh dengan banyaknya iaitu 2.78 je. memang Semester 2 sangat tough pun. huhu. so, overall... dapatlah 2.99.

Sejak masuk Medic ni, aku dah tak fikir sangat dah pasal CGPA. yang penting nak lulus je. hehe. pape pun Alhamdulillah =)

Tolong doakan aku mampu mengharungi Tahun 2 yang lebih mencabar ni ye. amin~

***

Orait. akhirnya habis pun cerita pasal Tahun 1. lepas ni, aku akan masuk cerita pasal Tahun 2 pulak. so, stay tuned~


2 comments:

Anonymous said...

just curious,
belajar dalam bhsa melayu ye? dn ada osce serta ospe sekali untuk tahun satu?
btw,all the best tuk tahun 2 :)

kurakuraygslow said...

Medic UKM tetap belajar dalam English. tapi, segala urusan rasmi yang melibatkan UKM kena pakai BM memandangkan tu bahasa rasmi UKM. termasuklah dari segi jadual exam =)

Yup. walaupun baru tahun 1, dah ada OSCE sekali.

Thanks a lot =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails