After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


11 February 2012

Final Exam Semester 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Batch aku dah pun habis Semester 1. baru je semalam habis exam. hehe =D

So, kali ni, aku nak share dengan korang pengalaman exam untuk Semester 1 ni. check this out~




***

Module 1 - Cellular Biomolecules

Dalam paper teori, ada 20 soalan OBA dan 20 soalan EMI. memandangkan OBA + EMI = MCQ, so 20 OBA + 20 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. tapi, setiap soalan ada pecahan nya lah.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 1, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 60% daripada peratus keseluruhan Module 1.

***

OSPE untuk Module 1 pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 5 soalan OSPE dalam module ni. untuk OSPE ni, student akan dipecahkan kepada 2 sesi. setiap satu sesi, ada 4 kumpulan. 1 kumpulan ada 25 orang. 25 orang ni akan masuk makmal yang sama.

Jumlah keseluruhan stesen OSPE adalah 27, yang mana 6 daripadanya stesen rehat. that's mean, ada 21 stesen soalan. kat stesen rehat, korang boleh lah tenangkan fikiran kejap sebelum move on ke stesen yang seterusnya. masa yang diperuntukkan untuk 1 stesen adalah 4 minit. lepas 4 minit, loceng akan dibunyikan dan korang kena bergerak ke stesen seterusnya. 

Cara OSPE ni dikendalikan adalah, semua orang akan diberikan nombor stesen untuk bermula. so, cari stesen korang dan duduk situ. maksudnya, itulah stesen permulaan korang. bila loceng dibunyikan, boleh start jawab. kertas soalan dah diletakkan kat atas meja. lepas habis jawab, masukkan dalam sampul yang disediakan.

Bila dah 4 minit, loceng berbunyi lagi menandakan korang kena pergi stesen orang yang duduk depan korang manakala orang yang belakang korang pulak akan pergi ke stesen korang. tapi, kalau korang punya stesen adalah stesen rehat, tak payah lah buat pape. duduk je situ diam-diam ok =) 

Then, kitaran tu akan terus berjalan sampai lah korang habis 27 stesen. maksudnya, korang akan berhenti kat stesen sebelum korang bermula tadi. sebagai contoh, korang start kat stesen 15, so, korang akan habis kat stesen 14. got it?

Perkara wajib dalam OSPE ni adalah white coat. wajib pakai ye student Medic sekalian.




***

Module 2 - Body Tissues


Dalam paper teori, ada 19 soalan OBA dan 21 soalan EMI. so 19 OBA + 21 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 3 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 2, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 40% daripada peratus keseluruhan Module 2.

OSPE untuk Module 2 pulak menyumbang sebanyak 30%. ada 15 soalan OSPE dalam module ni.




***

Module 3 - Membrane & Receptors

Dalam paper teori, ada 30 soalan OBA dan 15 soalan EMI. so 30 OBA + 15 EMI = 45 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 3, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 70% daripada peratus keseluruhan Module 3.

Untuk modul ni, takde OSPE.




***

Module 4 - Metabolism

Dalam paper teori, ada 20 soalan OBA dan 20 soalan EMI. so 20 OBA + 20 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 4, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 70% daripada peratus keseluruhan Module 3.

Untuk modul ni, takde OSPE jugak.




***

PPD Module - Professional & Personal Development IA

Dalam paper teori, ada 12 soalan OBA dan 15 soalan EMI. so 12 OBA + 15 EMI = 27 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 1 soalan MEQ berjumlah 10 markah. soalan ni ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian PPD Module, MCQ menyumbang kepada 30% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 10%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 40% daripada peratus keseluruhan PPD Module.

OSCE untuk PPD Module pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 1 soalan OSCE dalam module ni.




***

Kesimpulannya, itu jelah yang dapat aku share pasal Final Exam untuk Semester 1. semoga seluruh batch aku akan mencapai kejayaan dalam Semester 1 kitorang ni. amin~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails