After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


16 November 2011

Welcome To Medic UKM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

 

Hai korang, budak pandai! *ni merupakan kata-kata aluan untuk sume entri yang bakal ditulis. doa aku untuk sume readers =D*

First of all, aku masih lagi kurakuraygslow pemilik blog Into The New World. just dengan sedikit penukaran dari segi URL, jadilah kurakuramedic. tujuan aku pilih URL tu hanyalah supaya ianya bersesuaian dengan tajuk blog ni, which is All About Medic UKM. senang untuk korang ingat kan. aku takde niat langsung pun nak gebang dengan word 'medic' tu ok =)

***
Agak-agak, dengan tengok tajuk je korang dah boleh agak kan apa kandungan blog ni. yes, sememangnya aku create blog ni khas untuk bercerita pasal Fakulti Perubatan UKM. 120% pasal Medic dan UKM.

      
Peh giler semangat letak logo UKM!

Aku paham, tak sume readers Into The New World ada niat nak menjerumuskan diri ke kancah medic mahupun ke ambang UKM *apsal ayat tu macam bawak maksud tak baik je =P*. kang kalau aku main taruk je sume entri pasal Medic UKM kat blog Into The New World, mahunya muntah hijau sume readers. tak pasal-pasal aku kena cop 'blogger SS' (syok sendiri).

***
Kiranya, aku buat blog ni khas untuk sape-sape yang berminat dengan Medic UKM ok. aku ulang lagi sekali, untuk sape-sape yang berminat. sebab, sesungguhnya... semangat ingin tahu seseorang mengenai universiti yang bakal dia jejaki adalah sangat meluap-luap. sehinggakan setiap inci universiti itu mahu dijelajahinya sama ada menerusi media massa mahupun media cetak *eceh!*.

Akan tetapi, tiada info yang khusus bagi universiti terbabit. lebih-lebih lagi, pasal Medic UKM ni. takde langsung info yang formal. sume student medic busy study sampai takde masa nak buat blog cerita pasal Medic UKM. kesian kesian.

Asal medic je, letak gambar stetoskop.

So, aku yang tak busy ni... nak jadi bakal senior yang baik *ehem* dengan menerangkan serba sedikit tentang Medic UKM untuk sume manusia yang curious nak tau pasal fakulti ni. aku ingatkan lagi, blog ni khas untuk cerita-cerita pasal Medic UKM je. blog Into The New World pulak untuk idea-idea merapu aku ok =D
***
Aku nak mintak maaf awal-awal kalau ada bakal entri kat dalam blog ni yang tersilap kat mana-mana. sesungguhnya aku pun masih noob lagi pasal Medic UKM ni tapi bajet tau sume sampai semangat create blog. kehkehkeh =P

Ok, sebenarnya aku ingat nak tulis sikit je. entah macam mana boleh terpanjang pulak. last but not least, WELCOME TO THIS BLOG! =)

4 comments:

syazaishahani said...

nak jadi budak pandai! hehe

kurakuraygslow said...

Amin! =)

Anonymous said...

beza x study medik kat ukm and upm??
mne lg elok??

kurakuraygslow said...

Berbeza dari cara pembelajaran dan waktu pembelajaran lah kot. Basically, subjek takkan berbeza. Cuma, waktu subjek tu diajar je berbeza. Hmmmmm susah nak cakap uni yang mana lebih baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails