After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


23 November 2011

Seminggu Dalam Bulan Mesra Pelajar

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri-entri sebelum ni, sume aku dah cite rasanya. pasal fakulti, pasal kolej. from A to Z. so, kali ni, kita beralih ke segmen yang sering 'ditunggu-tunggu' student baru iaitu Minggu Orientasi. tapi kalau kat UKM, ia digelar Bulan Mesra Pelajar (BMP).

Kenapa BULAN, bukan MINGGU? yeah, sebab memang orientasi kat sini berlangsung selama sebulan, bukan seminggu. nasib lah korang freshie UKM. hahahaha! =P

Ok, untuk mengelakkan korang tension, baik aku cite apa yang berlaku selama seminggu dulu. kang terus cite sebulan, mahu nya korang pangkah UKM awal-awal. hehe.

***
First of all, sama je macam universiti lain, program orientasi berlangsung selama seminggu dulu. yes, yang seminggu penuh tu. 

Mula-mula, korang datang daftar kolej kat K1. dapat lah beg galas UKM, jaket UKM, tracksuit UKM, topi UKM, selendang UKM, tie UKM, baju KTSN, kad matrik dan buku-buku panduan tentang UKM yang takkan dibaca. haha!


Yang dia dok belit kat kepala tu lah selendang UKM. tiap kolej lain-lain cara dorang pakai selendang ni. errr... yang lelaki takyah mengada. perempuan je pakai selendang ok. tapi, batch aku dapat selendang kaler biru gelap. dan KTSN punya cara pakai selendang simple giler. just selempang kan kat bahu je. aman hidup aku. takdelah kepala berbungkus =P

***
Then, kemas barang kat bilik dulu. dan bagi yang perempuan tu, jangan lupa bawak cermin muka sebesar alam. sebab memang takde langsung cermin kat bilik. kang susah pulak korang nak pakai tudung lawa-lawa. pastu tak dapat pikat mana-mana jejaka yang semakin pupus, kan susah. errrkkk... salah niat. ngehehehe =P

Kemudian, sila bermanja dengan parents puas-puas dulu sebab dalam pukul 4.30 petang, aktiviti dah start. lepas tu kena turun DSG. ada sesi berkenalan dengan fasilitator yang akan handle korang selama sebulan BMP ni. kalau kat UiTM, fasilitator digelar Pembantu Mahasiswa (PM). kat UKM pulak, dorang digelar Pemudah Cara (PC). PC-PC ni student UKM yang stay kat K1 jugak. memang sorang sangat rajin nak handle korang selama sebulan.
***
Untuk tahun-tahun sebelum ni, selama seminggu BMP, student KTSN akan stay kat UKM Bangi. sebab UKM Bangi kan kampus induk, so memang BMP dijalankan kat sana. cuma, bermula batch aku, barulah BMP dijalankan kat KTSN sendiri. 

Kira bertuah jugak lah batch aku. ok cuba korang bayangkan. parents korang hantar korang mendaftar kat UKM Bangi. then, korang menumpang kat Kolej Keris Mas (kolej yang ada kat Bangi). sume aktiviti BMP dijalankan kat sana. lepas seminggu, kelas dah nak start, korang kena angkut balik barang-barang sume bawak naik bas UKM. then travel ke KL. angkut sendiri barang-barang naik Tingkat 4 (takde lif ok), kena kemas semula. penat tak habis lagi, dah kena pergi kelas. see. *peh giler negatif statement aku =P*

So, aku kira beruntung sebab BMP dijalankan kat KTSN sendiri. hehehe =D

***
Kebanyakan aktiviti masa BMP lebih kurang sama dengan universiti lain. macam aktiviti dalam kumpulan, belajar menyanyi lagu UKM, explorace, senamrobik, melawat fakulti masing-masing, dengar taklimat / ceramah yang bosan dan pape lagi korang tambah sendiri =P

***
Dan, masa BMP ni, ada kod pakaian ok. nak tau apa dia? check this out~

Kod 1
Lelaki - Kemeja lengan panjang warna putih (tanpa corak), seluar slack hitam, tie UKM, kasut warna gelap.
Perempuan - Baju kurung warna biru (corak suka hati), tudung putih (bagi Muslim), selendang UKM, kasut warna gelap (bertutup).

Kod 2
Lelaki - Kemeja lengan panjang (warna bebas), seluar slack hitam, tie (bebas), kasut warna gelap.
Perempuan Muslim - Baju kurung warna bebas, tudung warna bebas, kasut warna gelap (bertutup).
Perempuan bukan Muslim - Blaus / kemeja, seluar slack / kain hitam, kasut warna gelap (bertutup).

Kod 3
Lelaki - T-shirt KTSN, seluar track warna gelap, kasut sukan.
Perempuan - T-shirt KTSN, seluar track warna gelap, tudung putih (bagi Muslim), kasut sukan.

Setiap kali turun aktiviti, kad matrik wajib pakai ye adik-adik ku. dan, boleh dikatakan, hampir sume aktiviti masa BMP, pelajar-pelajar kena pakai Kod 3. so, pandai-pandai lah korang curi masa untuk basuh T-shirt KTSN yang memang ada sehelai je tu =.=

tu dia... sume orang dok pakai T-shirt KTSN

***
Then, sama jugak macam pelajar-pelajar baru kat universiti lain, korang akan ada sesi Bacaan Ikrar Pelajar Baru. masa ni, korang akan travel ke UKM Bangi dengan menaiki bas UKM. dan, sume orang kena pakai ikut Kod 1. sebab utama dia wujudkan kod pakaian ni, sebab nak bagi seragam. cantik woo bila sume orang pakai kaler biru. nampak macam The Smurfs. hehe =P

See. cantik kan bila sume orang seragam =)

Aku dah bagitau awal-awal ni. jangan tak bawak pulak. sebab masa batch aku, pihak UKM tak inform pun sume ni. tetiba kena pakai ikut kod rumit giler tu. nasib baik aku dapat tau dari sorang senior pasal benda alah ni. so aku bawak ler baju kurung biru, tudung putih kejadah tu sume.

Dan bila dah sampai kat UKM Bangi, korang kena masuk Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). kat situ lah Bacaan Ikrar dijalankan. ada ramai sangat student baru UKM, seramai 3,000 orang akan bersama-sama korang membaca ikrar. part yang tak best, keadaan masjid yang sesak giler memang merimaskan. bayangkan, sume student nak guna masjid yang sama. belum campur PC lagi =.=


Selain daripada Bacaan Ikrar, waktu ni jugak lah sume student nak tunjuk semangat kolej masing-masing. duk cheers tak habis-habis. mana kolej yang cheers paling gempak, konon dia paling handal. dorang sume panggil acara ni 'Perang DECTAR'. aku pun tak nak kalah ok. habis suara ni duk menjerit-jerit sakan. konon tunjuk semangat kolej. hehe. kesian tekak I =P

***
Ok habis part DECTAR, kita pergi part majlis penutup. masa ni, korang akan dinner bersama-sama PC, felo-felo dan jugak Pengetua KTSN. guna khidmat katering ok. korang toksah lah nak kalut-kalut pergi potong ayam, sembelih lembu tu sume. hehe.

Sape-sape yang ada bakat seni tu, boleh lah amek bahagian untuk buat persembahan. hangpa nak menari ka, nak menyanyi ka, nak berlakon ka, lantak hang. tapi takda hadiah. hadiah untuk kumpulan terbaik sepanjang seminggu BMP ni ja.

***
Then, habislah seminggu BMP. sat sat, BMP belum habis lagi. seminggu ja dah habis. hangpa lupa ka, BMP tu sebulan. dan nama pun BULAN Mesra Pelajar. bukan MINGGU Mesra Pelajar. tapi, tunggu entri lain lah aku habaq mai pasai minggu kedua dan seterusnya. penat dah jari aku yang runcing ni menaip.

Adios~

4 comments:

Anonymous said...

as salam kak.. yg laki kn, yg kod 1 tu, kalo wane putih tpi yg jnis ade line tu mmg konpem x bole r ni?? yg kod 2, xpe r kalo ade mcm line2 skit?? thnks kak..

kurakuraygslow said...

Wassalam. Yup tepat sekali.

Anonymous said...

Aslm kak.. pemakaian mmg kena ikut kod tu .. tp pakaian bbs dibenarkan x?
Pastu U ni ada sukan x? Tq kak

kurakuraygslow said...

Wassalam. Kod pakaian ikut event. Nanti fasilitatotr akan bagitau nak pakai kod mana. Ada je slot yg boleh pakaian bebas asalkan sopan. UKM Bangi memang banyak sukan boleh masuk. Kalau HUKM atau UKM KL terhad sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails